Mencari CINTA hakiki PEMILIK yang dilangit dan dibumi

Tuesday, June 23, 2009

MARI BERTAMU KE RUMAH HASAN AL-BANNA


Salam mahabbah

Kita selalu mendengar ungkapan yang berbunyai “ Don,t judge the book by it’s cover” yang membawa maksud jangan menilai buku melalui kulitnya. Entri saya kali ni hendak membawa kepada anda petikan dari sebuah buku yang mana andai kulit jadi pertaruhan awal untuk dititip isinya maka kita akan terlepas mutiara isinya yang sangat berharga.. Tatkala menyampaikan kepada seorang sahabat yang saya baru mendapatkan buku ini beliau begitu teruja kerana beliau sudah lama kepingin mendapatkannya.. namun agak terkilan apabila saya tidak berjaya mendapatkan senaskah untuknya. Jadi saya mengambil pendekatan menulis didalam blog ini untuk di kongsi bersama.

Buku yang megisahkan perihal Imam Hasan Al-Banna yang sudah biasa kita baca kisah beliau di medan dakwah tetapi kurang sekali tentang beliau dirumah. Bermula dari pemilihan isteri sehingga kepada cara pendidikan al-Banna terhadap anaknya yang berjaya membentuk akhlak islam dalam diri mereka. Diceritakan juga kisah sang isteri yang sama-sama berkorban dalam membantu dakwah si suami. Juga iktibar bagaimana pendakwah yang sentiasa sibuk dengan amal islaminya tetapi masih ada ruang untuk keluarga dan anak-anak.

MARI BERTAMU KE RUMAH HASAN AL-BANNA

Al-Banna Rahimahullah di rumahnya, adalah ayah yang kebaikannya begitu megesankan anggota keluarganya. Dia memberi contoh yang agung dalam menjalankan misi sebagai seorang ayah yang berjaya. Ungkapan-unagkapan kekaguman terhadap al-Banna tertuang dalam pelbagai kalimah indah. Dia teladan praktikal dengan hati yang penuh tanggungjawab, pemimpin yang melindungi, gelombang rindu dan kasih saying, cahaya kebaikan, mata air pemberian, sumber kedermawanan dan kemurahan, luhur kasih saying dan ketegasan, pemimpin penuh disiplin yang diiringi cinta, mata yang tidak terpejam untuk terus mengejar kejayaan dalam kebaikan.\

Kita banyak mendengar teori-teori pendidikan yang disampaikan para pensyarah ilmu pendididkan ataupun para pemerhati pendidikan anak-anak. Tapi, sejujurnya, kita tidak dapat menutup mata apabila nyatanya, amalan seharian yang mereka jalani dalam kehidupan mereka justeru menyingkap banyak kejanggalan dengan teori dan pandangan soal pendidikan.

Hasan Al-Banna menerapkan teori pendidikan dan pembinaan yang diserukanya dengan sangat baik di dalam keluarganya. Antara perkataan dan reality hidupnya, menyuarakan suatu perkara yang sama.mari kita ikuti rangkaian tulisan yang dirangkum daripada sejumlah dialog dan soal jawab dengan anak-anak imam Hasan Al-Banna rahimahullah.




Kenalkan, mereka adalah anak-anak Hasan Al-Banna

Sebagaimana Al-Banna rahimhullah berjaya menjalankan misi besar dakwahnya hingga tersebar dari lokasi terpencil hingga ke Negara besar, Al-Banna juga berjaya dalam membina keluarga yang istimewa. Keluarga Al-Banna telah di bina atas dasar keimanan kepada Allah S.W.T dan keistimewaan dalam kehidupan, lalu penerapanya dalam prinsip trbiah yang benar. Al-Banna menunjukkan contoh langsung yang unik dalam memainkan peranan sebagai seorang ayah terhadap pendidikan anak-anaknya.

Mari kita lihat komposisi keluarga imam Al-Banna rahimahullah. Al-BAnna dikurniakan 6 orang anak terdiri daripada seorang anak lelaki dan 5 perempuan. Urutannya seperti berikut.

1.Wafa - Adalah anak perempuannya yang sulung sekaligus isteri seorang daie terkenal iaitu Said Ramadhan rahimahullah. Ketika A-Banna meninggal dunia dia sudah berusia 17 tahun.
2.AhmadSaiful Islam – Seorang peguam sekaligus setiausaha jeneral Majlis Peguam Mesir dan bekas anggota Parlimen Mesir. Dilahirkan pada 22 nov 1934. berjaya memperoleh gelaran sarjana di bidang HAM tahun 1956 dan Darul Ulum 1957. Usianya baru 14 tahun 2 bulan 20 hari ketika Al-Banna meninggal dunia.
3.Dr.Tsana – Pansayarah urusan pengaturan rumahtangga, mengajar sejumlah niversiti di Arab Saudi. Dia baru berusia 11 tahun ketika Al-Banna meninggal dunia.
4.Ir.Raja’ – ketika Al-Banna meninggal dunia usianya sekitar 5 setengah tahun..
5.Dr.Halah – Pensyarah kedoktoran di Universiti Al-Azhar.
6.Dr.Istisyhad – pensyarah ekonomi islam. Dia masih dalam kandungan ibunya ketika Al-Banna menghembuskan nafas terakhirnya. Jika diimbas semula, menurut anilisis doctor, dia harus digugurkan dari kandungan lataran penyakit yang dideritai serta bahaya kehamilan yang mengancam nyawa si ibu. Para pengamal perubatan menetapkan pada 12 Feb bertepatan dengan hari kematian Imam Hasan Al-Banna, Tapi Allah S.W.T berkehendak sesuatu yang lain. Istisyhad lahir dengan sihat dan kerana rangkaian peristiwa itulah ia dinamakan Istisyhad yang beerti memburu mati syahid.

AKAN KEMBALI...TUNGGUUUUUU

Assalamualaikum...

Saya akan kembali dengan artikel terbaru dalam masa terdekat..
akan datang CINTA DIRUMAH HASAN AL-BANNA.

Tuesday, May 5, 2009

IJOM INFAK....



Berilah seikhlas mungkin...selamat menginfak dan selamat beramal...

Saturday, April 18, 2009

HAK PERSAHABATAN DAN PERSAUDARAAN....

Salam teman-teman,

'sahabat saya tu' atau 'saudara saya tu' mudah disebut tetapi tak mudah untuk melaksanakannya.

Adakah kita hanya setia dan bersahabat di kala aman damai. Bila tiba waktu susah, sahabat dilupakan. Bila tiba waktu mencari kedudukan/jawatan hilang adab bersahabat dan bersaudara.


Benarlah pesanan Nabi saw bahawa tidak semua orang boleh dijadikan sahabat.
Tidak semua manusia patut dijadikan sahabat. Berpesan RasuluLlah saw,
الْمَرء على دين خَليله فلينظرْ أحدكُم مَن يُخَالِل
“Seseorang itu mengikut agama(perjalanan) temannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang hendak dijadikan teman”.

Sifat Orang Yang Hendak Dijadikan Sahabat
i- Waras fikiran – jangan cari yang kurang akalnya.
ii- Jiwa mulia – jangan pilih yang pemarah, kedekut, penakut dan menurut runtunan nafsu.
iii- Bukan orang fasiq kerana tidak mengingatkan kita kepada Allah dan memadamkan rasa benci pada maksiat.
iv- Bukan penagih/pencinta keduniaan.

HAK PERSAUDARAAN DAN PERSAHABATAN
1.Hak di bidang harta.
2.Hak memberikan bantuan jiwa dan raga.
3.Hak memelihara lidah dan hati.
4.Hak memelihara ucapan.
5.Hak memberi kemaafan.
6.Hak mendoakan.
7.Hak menepati janji dan ikhlas diri.
8.Hak memberi kemudahan.

1. Hak di bidang harta.
مَثَلُ الأخوَين مِثْلُ اليدَين تَغسِلُ إحداهما الأخرى
“Perumpamaan kedua saudara itu adalah seperti dua tangan; yang satu membasuh-bersih yang lain”- al-Hadith
…. dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya” as-Syura=36

Tiga Peringkat Bantuan Harta
1.Menganggap sahabatnya seperti seorang khadam, apabila ada lebih harta baru dibagi atau diberi. Inilah tingkat paling rendah.
2.Menganggapnya sebagai seorang saudaramu, redha berkongsi harta.
3.Mendahulukan hajat dan keperluannya dahulu. Inilah tingkat yang paling tinggi.
- bersambung

Monday, April 13, 2009

Larangan Non-Muslim membaca Al-Quran, Adakah Menguntungkan Dakwah?





Saya diajukan soalan oleh seorang sahabat berhubung dengan LARANGAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AYAT AL-QUR’AN UNTUK TUJUAN POLITIK.Saya sebenarnya belum membaca apakah hujjah yang digunakan oleh pihak yang melarang perkara tersebut.


Pandangan peribadi saya, isu ini harus diperincikan dan diasingkan mengikut topic-topik. Sekiranya larangan itu semata-mata larangan kepada orang bukan Islam membaca ayat Al-Quran, saya tidak bersetuju. Al-Quran diturunkan bukan hanya kepada orang Islam. Ia adalah risalah rahmat buat seluruh alam. Ia adalah kitab petunjuk buat seluruh manusia, bukan orang Islam semata-mata (terlalu banyak dalil dalam Al-Quran tentang perkara ini). Bagaimana orang Islam boleh mengetahui dan mengenal Islam tanpa membaca Al-Quran? Mungkin ada yang berpandangan mereka (orang bukan islam) boleh baca Al-Quran terjemahan, tanpa membaca teks asal Al-Quran di dalam bahasa arab. Bagaimana pula dengan orang bukan Islam dari kalangan bangsa arab? Apa terjemahan yang mereka nak baca, sedangkan mereka berbangsa dan berbahasa arab?


Apakah tujuan larangan tersebut? Adakah kerana bimbang orang bukan Islam tersebut membaca Al-Quran dengan sebutan yang tidak fasih atau salah tajwid, sedangkan terlalu ramai orang Islam yang tidak fasih membaca Al-Quran dan tidak pandai bertajwid..adakah kita perlu larang juga mereka dari membaca Al-Quran? Orang bukan islam tidak diwajibkan ke atas mereka membaca Al-Quran dengan bertajwid kerana taklif syarak hanya ke atas orang Islam…


Sekiranya larangan non-muslim tersebut semata-mata bacaannya bermotifkan politik,ia juga mesti terpakai kepada orang Islam. Maknanya orang Islam juga perlu dilarang dari membaca ayat Al-Quran dengan motif politik. Mengapa hanya non-muslim sahaja yang terlarang? Soalnya, salahkah membaca ayat Al-Quran bagi tujuan politik? Apa masalahnya dengan politik? Adakah kerana politik itu semata-mata urusan dunia? Kalau begitu, bagaimana pula dengan bab ekonomi, sains dan sebagainya yang banyak terdapat di dalam Al-Quran? Adakah tidak boleh dibaca juga kerana semuanya urusan dunia?


Saya semakin bingung atas larangan ini. Saya bimbang, sekiranya LARANGAN NON-MUSLIM MEMBACA AYAT AL-QURAN BERMOTIFKAN POLITIK itu, walaupun alasannya bertujuan menjaga maslahat agama, AKHIRNYA mengakibatkan non-muslim semakin jauh dengan Al-Quran dan Islam. Saya bimbang jika larangan yang kononnya atas maslahat agama itu sendiri sebenarnya sangat bermotifkan politik… yang rugi akhirnya adalah dakwah Islam!


Posted by Mohd Hazmi Dibok at 4/09/2009 03:44:00 PM 0 comments
Labels: Dakwah, Isu Semasa

Friday, April 10, 2009

TINGGAL KENANGAN

ASSALAMUALAIKUM...

Tinggallah kenangan manis....

XDE PE NAK KONGSI CUMA NAK MENYATAKAN KESEDIHAN MENINGGALKAN UMAH SEWA KAT TG LUMPUR KUANTAN... BEST DUK KAT SINI SEBAB DEKAT DENGAN SEGALA FASILITI SEPERTI KLINIK,
SEKOLAH DAN MSJID....


Permandangan pantai kempadang

UMAH NI GAK DEKAT NGAN PANTAI KEMPADANG....CANTIK PANTAI NI...
TERKENANG GAK NASI KERABU KERANG KAT SINI..ISK..ISK..ISK...

Nik Aziz suka Nga kenali Islam

Mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan exco kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran semasa berceramah dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang minggu lalu sebagai percubaan mengenali Islam melalui pembacaan kitab suci itu.

Sehubungan itu, kata menteri besar Kelantan, beliau terharu dengan keluhan Nga yang juga ahli parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, yang amat kesal "kerana apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang".



Sebelum ini beberapa laporan polis dibuat terhadap Nga, termasuk Badan Bertindak Perpaduan Melayu, kerana didakwa mempersendakan Islam apabila setiausaha DAP Perak itu menggunakan ayat al-Quran dalam ceramahnya sewaktu kempen dalam pilihanraya kecil kerusi parlimen tersebut.

Dalam laporannya itu, presiden NGO Osman Abu Bakar mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada surah Al-A'raf untuk tujuan kempen dan menyebut kalimah tersebut secara tidak betul.

Beliau mendakwa Nga menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam ceramah tersebut.

"Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati Yang Berhormat (Nga)," tegas Nik Aziz dalam surat terbukanya berhubung isu tersebut.

"Mudah-mudahan dengan sikap 'tidak mesra Umno' dan pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran bukan Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas," tambahnya.

Nik Aziz juga berkata beliau mempunyai impian bahawa dalam tempoh tidak berapa lama lagi.

"Mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi qari, ustaz, khatib dan imam di seluruh negara," tegasnya.

Menurutnya, Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul memusnahkan tamadun Islam di Kota Baghdad tetapi kerosakan tersebut sempat ditebus semula melalui cucunya Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya.

zaid ibrahim book launch nik aziz anwar ibrahim pc 230309 02Maka Nik Aziz mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara ini melalui kaedah dan insiden yang hampir sama.

'Mudah-mudahan YB-lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

"Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana.

"Tajuk-tajuk seperti 'di mana tak kenanya Islam' atau 'apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam' bolehlah difikirkan," katanya.

Manakala anggota panel, tambahnya, boleh dipilih daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan juga pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas.

"Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid, surau, kuil, dewan-dewan perhimpunan, di universiti- universiti, baik di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) atau institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

"Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB (Nga). Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini.

"Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana," tambah tokoh PAS itu.