Mencari CINTA hakiki PEMILIK yang dilangit dan dibumi

Saturday, April 18, 2009

HAK PERSAHABATAN DAN PERSAUDARAAN....

Salam teman-teman,

'sahabat saya tu' atau 'saudara saya tu' mudah disebut tetapi tak mudah untuk melaksanakannya.

Adakah kita hanya setia dan bersahabat di kala aman damai. Bila tiba waktu susah, sahabat dilupakan. Bila tiba waktu mencari kedudukan/jawatan hilang adab bersahabat dan bersaudara.


Benarlah pesanan Nabi saw bahawa tidak semua orang boleh dijadikan sahabat.
Tidak semua manusia patut dijadikan sahabat. Berpesan RasuluLlah saw,
الْمَرء على دين خَليله فلينظرْ أحدكُم مَن يُخَالِل
“Seseorang itu mengikut agama(perjalanan) temannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang hendak dijadikan teman”.

Sifat Orang Yang Hendak Dijadikan Sahabat
i- Waras fikiran – jangan cari yang kurang akalnya.
ii- Jiwa mulia – jangan pilih yang pemarah, kedekut, penakut dan menurut runtunan nafsu.
iii- Bukan orang fasiq kerana tidak mengingatkan kita kepada Allah dan memadamkan rasa benci pada maksiat.
iv- Bukan penagih/pencinta keduniaan.

HAK PERSAUDARAAN DAN PERSAHABATAN
1.Hak di bidang harta.
2.Hak memberikan bantuan jiwa dan raga.
3.Hak memelihara lidah dan hati.
4.Hak memelihara ucapan.
5.Hak memberi kemaafan.
6.Hak mendoakan.
7.Hak menepati janji dan ikhlas diri.
8.Hak memberi kemudahan.

1. Hak di bidang harta.
مَثَلُ الأخوَين مِثْلُ اليدَين تَغسِلُ إحداهما الأخرى
“Perumpamaan kedua saudara itu adalah seperti dua tangan; yang satu membasuh-bersih yang lain”- al-Hadith
…. dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya” as-Syura=36

Tiga Peringkat Bantuan Harta
1.Menganggap sahabatnya seperti seorang khadam, apabila ada lebih harta baru dibagi atau diberi. Inilah tingkat paling rendah.
2.Menganggapnya sebagai seorang saudaramu, redha berkongsi harta.
3.Mendahulukan hajat dan keperluannya dahulu. Inilah tingkat yang paling tinggi.
- bersambung

Monday, April 13, 2009

Larangan Non-Muslim membaca Al-Quran, Adakah Menguntungkan Dakwah?





Saya diajukan soalan oleh seorang sahabat berhubung dengan LARANGAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AYAT AL-QUR’AN UNTUK TUJUAN POLITIK.Saya sebenarnya belum membaca apakah hujjah yang digunakan oleh pihak yang melarang perkara tersebut.


Pandangan peribadi saya, isu ini harus diperincikan dan diasingkan mengikut topic-topik. Sekiranya larangan itu semata-mata larangan kepada orang bukan Islam membaca ayat Al-Quran, saya tidak bersetuju. Al-Quran diturunkan bukan hanya kepada orang Islam. Ia adalah risalah rahmat buat seluruh alam. Ia adalah kitab petunjuk buat seluruh manusia, bukan orang Islam semata-mata (terlalu banyak dalil dalam Al-Quran tentang perkara ini). Bagaimana orang Islam boleh mengetahui dan mengenal Islam tanpa membaca Al-Quran? Mungkin ada yang berpandangan mereka (orang bukan islam) boleh baca Al-Quran terjemahan, tanpa membaca teks asal Al-Quran di dalam bahasa arab. Bagaimana pula dengan orang bukan Islam dari kalangan bangsa arab? Apa terjemahan yang mereka nak baca, sedangkan mereka berbangsa dan berbahasa arab?


Apakah tujuan larangan tersebut? Adakah kerana bimbang orang bukan Islam tersebut membaca Al-Quran dengan sebutan yang tidak fasih atau salah tajwid, sedangkan terlalu ramai orang Islam yang tidak fasih membaca Al-Quran dan tidak pandai bertajwid..adakah kita perlu larang juga mereka dari membaca Al-Quran? Orang bukan islam tidak diwajibkan ke atas mereka membaca Al-Quran dengan bertajwid kerana taklif syarak hanya ke atas orang Islam…


Sekiranya larangan non-muslim tersebut semata-mata bacaannya bermotifkan politik,ia juga mesti terpakai kepada orang Islam. Maknanya orang Islam juga perlu dilarang dari membaca ayat Al-Quran dengan motif politik. Mengapa hanya non-muslim sahaja yang terlarang? Soalnya, salahkah membaca ayat Al-Quran bagi tujuan politik? Apa masalahnya dengan politik? Adakah kerana politik itu semata-mata urusan dunia? Kalau begitu, bagaimana pula dengan bab ekonomi, sains dan sebagainya yang banyak terdapat di dalam Al-Quran? Adakah tidak boleh dibaca juga kerana semuanya urusan dunia?


Saya semakin bingung atas larangan ini. Saya bimbang, sekiranya LARANGAN NON-MUSLIM MEMBACA AYAT AL-QURAN BERMOTIFKAN POLITIK itu, walaupun alasannya bertujuan menjaga maslahat agama, AKHIRNYA mengakibatkan non-muslim semakin jauh dengan Al-Quran dan Islam. Saya bimbang jika larangan yang kononnya atas maslahat agama itu sendiri sebenarnya sangat bermotifkan politik… yang rugi akhirnya adalah dakwah Islam!


Posted by Mohd Hazmi Dibok at 4/09/2009 03:44:00 PM 0 comments
Labels: Dakwah, Isu Semasa

Friday, April 10, 2009

TINGGAL KENANGAN

ASSALAMUALAIKUM...

Tinggallah kenangan manis....

XDE PE NAK KONGSI CUMA NAK MENYATAKAN KESEDIHAN MENINGGALKAN UMAH SEWA KAT TG LUMPUR KUANTAN... BEST DUK KAT SINI SEBAB DEKAT DENGAN SEGALA FASILITI SEPERTI KLINIK,
SEKOLAH DAN MSJID....


Permandangan pantai kempadang

UMAH NI GAK DEKAT NGAN PANTAI KEMPADANG....CANTIK PANTAI NI...
TERKENANG GAK NASI KERABU KERANG KAT SINI..ISK..ISK..ISK...

Nik Aziz suka Nga kenali Islam

Mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan exco kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran semasa berceramah dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang minggu lalu sebagai percubaan mengenali Islam melalui pembacaan kitab suci itu.

Sehubungan itu, kata menteri besar Kelantan, beliau terharu dengan keluhan Nga yang juga ahli parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, yang amat kesal "kerana apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang".



Sebelum ini beberapa laporan polis dibuat terhadap Nga, termasuk Badan Bertindak Perpaduan Melayu, kerana didakwa mempersendakan Islam apabila setiausaha DAP Perak itu menggunakan ayat al-Quran dalam ceramahnya sewaktu kempen dalam pilihanraya kecil kerusi parlimen tersebut.

Dalam laporannya itu, presiden NGO Osman Abu Bakar mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada surah Al-A'raf untuk tujuan kempen dan menyebut kalimah tersebut secara tidak betul.

Beliau mendakwa Nga menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam ceramah tersebut.

"Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati Yang Berhormat (Nga)," tegas Nik Aziz dalam surat terbukanya berhubung isu tersebut.

"Mudah-mudahan dengan sikap 'tidak mesra Umno' dan pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran bukan Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas," tambahnya.

Nik Aziz juga berkata beliau mempunyai impian bahawa dalam tempoh tidak berapa lama lagi.

"Mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi qari, ustaz, khatib dan imam di seluruh negara," tegasnya.

Menurutnya, Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul memusnahkan tamadun Islam di Kota Baghdad tetapi kerosakan tersebut sempat ditebus semula melalui cucunya Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya.

zaid ibrahim book launch nik aziz anwar ibrahim pc 230309 02Maka Nik Aziz mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara ini melalui kaedah dan insiden yang hampir sama.

'Mudah-mudahan YB-lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

"Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana.

"Tajuk-tajuk seperti 'di mana tak kenanya Islam' atau 'apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam' bolehlah difikirkan," katanya.

Manakala anggota panel, tambahnya, boleh dipilih daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan juga pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas.

"Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid, surau, kuil, dewan-dewan perhimpunan, di universiti- universiti, baik di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) atau institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

"Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB (Nga). Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini.

"Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana," tambah tokoh PAS itu.

Saturday, April 4, 2009

KONVOI JUMPA BABY




Assalamualaikum....

Tanggal 31 mac 2009.....

Bermula jam 6.15 petang, perjalanan saya bermula dari temerloh menuju ke rumah rusydan (odan)yang mengambil masa lebih kurang 5 minit dari kedai saya..... Cuaca agak mendung dan kami menjangkakan hari akan hujan....

Sangkaan kami tepat bilamana hujan turun sangat lebat setelah kami siap mengisi minyak berhampiran stesen minyak di rumah odan....saya mengarahkan odan yang membawa motor EGO S saya untuk singgah diwarung berhampiran.....kami pekena air kelapa dan 4 keping keledek goreng...Alhamdulillah

6.40 petang....Kami kembali memulakan perjalanan menuju ke jengka yang mana akhi syam sedang menunggu kami di jengka 18....x sabar nak jumpa syam n moto lagenda yang banyak berjasa pada saya 2.....

7.00 malam...tiba dijengka 18...terkejut kami melihat perubahan drastik moto syam...dah jadi warna hitam tuuu...makin rempit syam ni...


moto baru syam dan hadiah buat baby...tq syam

7.05 malam... perjalanan diteruskan sehingga sampai di jengka 11 lebih kurang jam 7.35 malam....

1 april 2009...

Dalam kesibukan orang meraikan APRIL FOOL...Kami bertiga mengikat ukhuwwah dalam diri masing2....harapnya tiada yang merungkai rasa kecintaan dalam jiwa kami... bermula dari melayari internet di KOTA DATA MULTIMEDIA membaca khabar sahabat2 dalam email... kemudian menziarahi sepupu syam di Balai Bomba Bandar Pusat... Kemudian pudsing2 keliling jengka...dalam perjalanan pulang kami sempat membantu seorang pakcik yang kebetulan sahabat ayah saya yang kehabisan minyak di tepi jalan....
selepas membantu pakcik tersebut sempat saudara syam bergurau "patutnya kita pakai baju unit amal ni baru betul.." ...kata2 itu disambut dengan gelak ketawa oleh kami...


balik dari bandar jengka

Sampai dirumah mak saya dah menyiapkan makan tengah hari.....dan kemuncaknya adalah soalt zohor bejemaah yang diimamkan oleh saudara syam....


Sebelum berangkat pulang

Petang itu kedua2 sahabat baik saya ni pulang kerumah masing masing... odan selamat sampai jam 6.45 dan syam sampai 7.55 malam

Thursday, April 2, 2009

AMANAH ALLAH...




ASSALAMUALAIKUM....

setelah dua hari tidak menjengah blog...arini dapat la ruang untuk menambah berita baru dalam blog ni....kali ni nak perkenalkan ahli baru dalam family kami dan merupakan amanah Allah buat saya dan isteri....




Inilah permata hati kami... moga menjadi anak yang soleh ye sayangggg.....